Resipi...NASI KOMA-KOMA
Bahan-bahannya
1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam selama 20 minit
500 gram isi ayam, dipotong kecil-kecil
4 biji tomato, didadu
2 biji bawang besar, dihiris halus
250 gram mentega
1/2 cawan pes halia dan bawang putih
2 sudu teh koma-koma
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 cawan daun ketumbar, dihiris
1 sudu teh garam masalla
1 cawan susu segar
garam secukup rasa
Bahan Taburan
200 gram gajus goreng
1/2 cawan hirisan daun pudina
Cara-caranya
Panaskan mentega didalam kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan tomato serta pes halia dan bawang putih. Tumis selama 5 minit. Setelah naik aromanya, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, garam masalla, ayam, daun ketumbar dan garam. Balik-balikkan. Kemudian tuang 1/2 cawan air. Masukkan sekali 1 sudu teh koma-koma kedalamnya. Masak selama 20 minit dan ketepikan. Didihkan air didalam periuk. Masukkan beras dan garam secukup rasa. Apabila nasinya 1/2 masak, toskan airnya. Kemudian masukkan kedalam nasi itu 1 sudu teh koma-koma. Dengan menggunaka periuk lain, tuangkan 1/2 bahagian nasi tersebut kedalam periuk ini. Tuangkan diatasnya ayam yang telah dimasak tadi dan ratakan. Akhir sekali, timbuskan dengan lebihan nasi dan ratakan. Curahkan susu segar diatasnya. Masak lagi diatas api selama 20 minit lagi. Taburkan gajus goreng dan hirisan daun pudina semasa menghidang.
Sumber: Hjh Azarah Abdul Majid
0 Comments:
Post a Comment
<< Home