Wednesday, October 12, 2005

Resipi...KEK GULUNG CAPUCINO

BAHAN GULUNG CAPUCCINO
275 gram mentega
50 gram susu manis
20 biji kuning telur
150 gram gula kaster
15 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
4 sudu teh serbuk capuccino/ kopi

BAHAN CAKE COKLAT
16 biji kuning telur
2 biji putih telur
125 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram serbuk koko
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
150 gram marjerin, dicairkan


CARA MEMBUAT

Gulung Capucino
Pukul mentega sampai lembut. Masukkan susu manis lalu pukul lagi sampai rata. Pukul telur, ovalette dan gula kaster sampai kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang diayak dan gaul rata. Masukkan serbuk capuccino/ kopi dan gaul rata. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam marjerin yang telah dipukul dan gaul rata. Sapukan loyang persegi 26 cm tinggi 4 cm dengan marjerin dan alaskan dengan kertas kuih.

Tuang 200 gram adunan lalu ratakan. Bakar dengan api atas dengan suhu 150 darjah Celcius selama 6 minit. Buat 4 lapis.

Cake coklat
Pukul telur, ovalette dan gula kaster sampai mengembang. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan tepung susu sambil diayak dan digaul rata. Tuangkan marjerin cair, gaul dan tuangkan ke dalam loyang persegi 30 cm tinggi 4 cm yang disapu margarin dan dialas kertas kuih. Bakar selama 25 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.

Sapukan permukaan kek coklat bahagian dalam dengan krim mentega. Letakkan gulung capuccino. Gulung bersama-sama lalu padatkan. Diamkan 1 jam sebelum dipotong untuk dihidang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|