Resipi...Butterscotch Crumble Brownies
Bahan-bahan:
200 gm milk cooking chocolate
200 gm gula merah
150 gm mentega
50 gm gula pasir
1/2 sudu teh vanila
3 butir telur
50 gm susu serbuk
150 gm tepung gandum
1 sudu the coklat pasta
Bahan untuk Crumble
50 gm gula halus
2 sudu besar susu serbuk
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
*campurkan semua bahan menjadi satu
Cara menyediakannya:
Potong kasar coklat masak dan gula merah. Stimkan dengan mentega sehingga cair. Angkat.
Campurkan dengan gula pasir, vanila dan telur. Kacau sehingga gula hancur.
Ayak tepung bersama susu serbuk. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau perlahan-lahan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan mentega dan dialas dengan kertas. Taburkan bahagian atasnya dengan 1/2 daripada bahagian Crumble.
Bakar dalam ketuhar. Apabila separuh masak,taburkan setengah lagi Crumble. Bakar lagi sehingga masak.
Petikan daripada Majalah Mingguan Wanita Bilangan 950
0 Comments:
Post a Comment
<< Home