Wednesday, October 12, 2005

Resipi...KEK KUKUS ICE-CREAM

Sumber: Hajah Rohanna Abu

Bahan-bahannya

Bahan A
300 g mentega
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan susu manis

Bahan B
10 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
1 sudu teh baking powder
350 g gula kaster

Bahan C
50 g tepung gandum, diayak
200 g tepung roti (biskut roti dikisar halus)
1 sudu makan koko
1 sudu teh pes lemon
sedikit pewarna kuning
1 tin kecil susu Nestle
1 loyang 11" x 11"

Cara-caranya
Pukul semua Bahan A sehingga kembang dan ketepikan. Pukul pula putih telur bersama baking powder sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Apabila sudah kembang, masukkan kuning telur satu persatu lalu di pukul lagi sehingga kembang. Masukkan Adunan "A" kedalam Adunan "B". Selepas itu masukkan tepung gandum dan tepung roti. Kacaulah sehingga rata. Masukkan susu Nestle dan kacau lagi sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Warnakan satu bahagian coklat dengan menggunakan koko, satu bahagian kuning dengan menggunakan pes lemon adn biarkan bahagian ketiga putih. Tuangkan salah satu bahagian adunan kedalam loyang dan kukus selama 5 - 10 minit. Tuangkan pula adunan kedua dan kukus lagi selama 5 - 10 minit. Akhir sekali tuangkan adunan ketiga dan kukuslah sehingga masak. Proses mengukus ini mengambil masa 45 minit barulah seluruh keknya masak. Setelah masak biarkan ia benar-benar sejuk baru boleh dipotong.

Panduan
Api untuk mengukus haruslah sentiasa sederhana. Jika kuihnya renggang dari loyang bererti ia sudah masak dan bolehlah dituangkan lapis berikutnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|