Wednesday, October 12, 2005

Resipi...SAVOURY CHEESE FINGERS

Bahan-bahannya
300 gram tepung
40 gram tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk mustard
1/2 sudu teh serbuk chilli
secubit garam
200 gram mentega
30 gram shortening
200 gram parutan cheese cheddar
2 biji kuning telur, dibancuh dengan 2-3 sudu besar susu segar

hirisan badam untuk hiasan
1 biji telur, untuk sapu

Cara-caranya
1. Tepung, tepung gandum, lada putih, mustard, serbuk cili dan garam ke dalam bekas. Potong mentega dan shortening dan gaul adunan sehingga menjadi macam serbuk roti.
2. Masukkan cheese dan kuning telur. Gaul rata sehingga menjadi doh.
3. Canai doh dengan ketebalan 3mm. Potong bentuk rectangle 1.5cm x 5cm.
4. Hiaskan atasnya dengan hirisan badam dan susun atas loyang pembakar.
5. Sapukan telur diatasnya dan bakar selama 8-12 minit pada suhu 180 darjah C.

Sumber: Chef Wan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|