Wednesday, October 12, 2005

Resipi...ROCKY ROAD

Pastri

(A)
80 gram mentega
80 gram gula

(B)
50 gram telur

(C)
170 gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu teh baking soda

(D)
80 gram kacang walnut, dicincang

Untuk Hiasan Atas
150 gram Mashmallow
75 gram chocolate chips

Cara untuk Pastri
1. Putar (A) sehingga lembut. Masukkan (B) dan putar hingga tidak berbintil-bintil. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sempurna.
2. Tekan pastri ke dalam acuan segiempat berukuran 25 sm yang telah dialas dengan kertas aluminium. Ayakkan (D) ke permukaan pastri dan ketak perlahan-lahan.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25-30 minit.

Cara Menghias
1. Potong mashmallow menjadi kepingan kecil dan tabur keatas pastri yang telah dibakar.
2. Taburkan chocolate chip diatas. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 8-10 minit.
3. Biarkan ia sejuk. Keluarkan daripada acuan dan potong menjadi kepingan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|