Resipi...Biskut Badam Bercengkih
Bahan-bahannya:
275 gm mentega kacang
300 gm gula kastor
2 butir telur
20 gm badam kisar
30 gm tepung gandum
Kuning telur
Sedikit cengkih - untuk hiasan
Cara menyediakannya:
Pukul mentega kacang dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sambil dipukul terus.
Masukkan badam dan tepung. Adun hingga menjadi doh yang kental.
Canai doh dan bentukkan mengikut cita rasa.
Sapu kuning telur di atasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 10 hingga 15 minit. Setelah masak, letakkan cengkih di atas sebagai hiasan.
--------------------------------------------------------------------------------
Petikan daripada Majalah Seri Dewi & Keluarga November 2003.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home