Wednesday, October 12, 2005

Resipi...Carrot Cinnamon Brownies

Bahan-bahan:
200 gm mentega
150 gm dark cooking chocolate - potong kasar
175 gm gula kabung - hiris nipis
3 butir telur ayam
2 susu besar madu
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda kuih
2 susu teh sebuk kayu manis
300 gm lobak merah - hiris halus
1 sudu teh kulit limau yang telah diparut



Cara menyediakannya:

Stim mentega dan coklat sehingga cair. Angkat. Ketika masih panas masukkan gula dan kacau hingga rata. Masukkan telur ayam. Kacau lagi sehingga rata.
Ayak tepung, soda kuih dan kayu manis. Campurkan dengan lobak merah dan kacau.
Masukkan ke dalam adunan coklat. Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan kulit limau yang telah diparut. Kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega dan dialas kertas.
Bakar dalam ketuhar panas sehingga masak dan padat.

Petikan daripada Majalah Mingguan Wanita Bilangan 950

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|