Resipi...CHOCOLATE RED NUT ROLL
Bahan-bahannya
8 biji kuning telur
2 biji putih telur
75 gram gula kaster
75 gram tepung gandum
50 ml mentega cair
½ sudu teh serbuk vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
100 gram badam cincang
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna merah
Cara-caranya
1. Telur, gula, tepung, ovalette, serbuk penaik dipukul hingga pekat.
2. Masukkan mentega cair, kacau rata-rata.
3. Ambil satu senduk warnakan merah masukkan ke dalam piping bag.
4. Selebihnya campurkan dengan badam cincang, chocolate emulco.
5. Sediakan loyang 11 x 11 x 1 inci, tuankan adunan bercampur badam dan emulco.
6. Picitkan adunan berwarna merah diatasnya.
7. Bakar dalam oven selama 10 – 15 minit.
8. Bila telah masak keluarkan kek dari loyang dan bila telah sejuk baru digulung dengan krim mentega dan simpan dalam peti sejuk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home