Resipi...NASI KERABU KUNING
Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Pemenang Keempat (Muharni Mustafar) - Kategori Nasi
Bahan-bahan Nasi
1 cm kunyit, ditumbuk halus
2 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
5 helai daun limau purut
1 kg beras, dibersih dan disejat
2 liter air
garam secukupnya
Cara untuk Nasi
Masukkan semua bahan di dalam periuk dan tanak nasi seperti biasa.
Bahan Sambal
2 camca besar minyak masak
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar
10 biji bahan merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering, direndam
2.5 cm halia
1 batang serai
Cara untuk Sambal
1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga berbau.
2. Apabila bahan tumis garing, masukkan santan. Apabila mendidih masukkan gula dan garam.
3. Kacau sehingga terbit minyak kemudian angkat.
Bahan Kerabu
320 gram kelapa parut putih
5 ekor ikan kembung, direbus dan diambil isinya
garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar/ Tumbuk
5 biji bawang merah
2 cm halia
1 batang serai
Cara untuk Kerabu
Goreng kelapa sehingga perang dan campurkan isi ikan dan bahan kisar. Rasa garam dan gulanya.
Bahan Ulam
tauge, daun kesum, kacang panjang, timun, bunga kantan, budu
0 Comments:
Post a Comment
<< Home