Friday, November 03, 2006

MUFFIN BERLAUK

Sumber : Hanieliza

Bahan Inti
1 cawan isi ayam [cincang]
2 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging [bancuh dgn 2 s/b air]
2 s/b minyak
daun sup
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.
6. Tutup api dan sejukkan.

Bahan Kek
3 biji telur
50 gm gula halus
1 s/b susu cair
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/k ovallate
130 gm tepung gandum

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon
whisk sehingga gebu.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas
[separuh sahaja]
4. Masukkan inti dan kukus selama 20 minit
5. Hidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|