Monday, September 26, 2005

Resipi...AYAM MASAK HALIA ALA KANTONIS

Sumber : Pak Amir

Bahan-bahan
Ayam - Isi dada ayam dibuang tulang - potong secara berketulan (atau isi peha ayam tanpa buang tulang dan dipotong kepada beberapa bahagian - jangan terlalu lebar dipotong)
Halia - Sebesar tapak tangan dan dipotong nipis-nipis (seperti potong timun buat burger gituh tetapi nipis sikit lagi)
2 hingga 3 sudu besar sup Sos Tiram
3 keping Cendawan Hitam - rendam cendawan terlebih dahulu, basuh bersih-bersih, perah dan keringkan air di dalam cendawan dulu kemudian dibelah dua )
Minyak Bijan - beberapa titik sahaja (jika anda membuat keputusan sendiri untuk melebihkan minyak bijan, hasil masakan akan jadi sangat muak dan tidak sedap)
3 sudu besar sup Minyak Masak
2 hingga 3 cawan Air

Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis kesemua halia yang dipotong secara hirisan tadi selama 2 minit sehingga naik bau.
2. Masukkan cendawan yang dibelah dua dan tumis sebentar lagi.
3. Masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana sahaja selama beberapa minit lagi.
4. Masukkan sos tiram, goreng sebentar lagi sehingga rata.
5. Percikkan sedikit air sehingga kedengaran bunyi " cissss ", kemudian tuangkan 2 - 3 cawan air ke dalam kuali sehingga merendam ke permukaan ayam, kacau dan tutup kuali selama 15 - 20 minit - api sederhana sahaja.
6. Selepas 15 minit, buka penutup kuali, pastikan kuahnya tidak kering. Jikamasin tambahkan sedikit air, jika kurang masin maka kacau sehingga kering sedikit. Resipi ini berkuah sepertimana resipi Ayam Masak Ubi Kentang Ala Cina yang pernah Pak Amir sumbangkan dahulu. Pastikan ayam sudah lembut... (kalau ayam kampung maka tutup kuali lama sikit)
7. Titikkan sedikit minyak bijan. (mungkin setengah sudu teh sahaja ).
8. Angkat dan hidangkan bersama beras wangi panas-panas.

Resipi ini sangat sesuai dimakan untuk wanita yang baru lepas bersalin (beli ayam dara SAHAJA untuk wanita dalam masa pantang lepas bersalin)
tetapi jangan masukkan cendawan (sejuk).

Jika disediakan untuk budak kecil, kurangkan kandungan halia dan sos tiram.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|