Resipi..KEK LAPIS UBI KAYU
Sumber: Juriah Abdullah
Bahan-bahannya
1kg ubi kayu parut
6 biji telur yang besar
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu makan pewarna kuning
1 sudu teh vanilla powder
250 ml santan dari 2 biji kelapa
380 gram gula
300 gram mentega
150 gram tepung gandum
1 loyang berukuran 9 x 6 x 3 atau loyang 4 persegi berukuran 8 x 8 x 3
(sapukan keliling loyang dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas kuih)
Cara-caranya
Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. Untuk menghilangkan pahitnya. Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buang airnya. Ambil sagunya yang mendap itu dan masukkan kedalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.
Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih). Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata dan sejukkan. Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati.
Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan dengan warna kuning.
Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak. Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi. Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.
Untuk lapis terakhir, gunakan api oven 150 hingga 175 darjah C selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Sejukkan, kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home