Thursday, September 22, 2005

Resipi...KUAH RAWON

Sumber : Diana A.

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging tetel, direbus sehingga masak
8 batang kacang panjang, dipotong lebar 2cm

Bahan untuk dikisar
8-10 batang lada kering
1 biji bawang besar (kalau sederhana besar gunakan 2)
1 ulas bawang putih (kalau kecil gunakan 2)
4-5 biji buah keluak
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecik serbuk jintan halus
1 cm halia
1 cm kunyit hidup

2 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut

garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Rebus daging tetel dalam periuk sehingga masak. Kemudian masukkan kacang panjang, daun salam dan daun limau purut. Masak sehingga sayur kacang panjang setengah masak.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan asam gelugor. Kalau rempah terlalu kering masukkan sedikit air dari rebusan daging tetel tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Kemudian bahan yang telah ditumis darat itu dicampurkan kedalam periuk yang mengandungi daging tetel dan sayur. Didihkan kuah sehingga semua sebati dan sayur kacang panjang masak. Kemudian boleh dihidangkan.

Note:
Sekiranya tidak suka daging tetel boleh juga gunakan daging biasa dipotong tipis. Air rebusan daging tetel itu yang menjadi kuahnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|