Thursday, September 22, 2005

Resipi...KEK BANGKOK KAYA

Sumber: Hajah Rohanna Abu

Bahan A - Untuk Kek
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gram gula
25 gram air sejuk
3/4 sudu teh baking powder
60 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
1 sudu besar Quick 75/ ovalette
50 gram mentega cair
(baking powder, tepung gandum dan tepung jagung dicampurkan dan diayak)

Bahan B - Untuk Agar-agar
1 bungkus agar-agar powder (11g)
120 gram air
1 sudu makan coffee oil
1 tin fruit cocktail, buang airnya

Bahan C - Untuk Kaya
1 bungkus agar-agar powder (11g)
170 gram gula
1/2 sudu teh garam
780 gram santan dari 1 biji kelapa parut putih
60 gram tepung jagung
150 gram susu cair
sedikit perisa pandan dan pewarna kuning

Cara untuk Bahan A
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Pukul hingga kembang semua bahan A kecuali mentega. Setelah kembang barulah dimasukkan mentega cair. Gaul sampai rata. Tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci dan bakar dengan kepanasan 160 - 170 darjah C sehingga masak.

Cara untuk Bahan B
Masukkan kedalam periuk kecil serbuk agar-agar, gula dan air. Kacau rata kemudian masak diatas api yang kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Matikan api, masukkan coffee oil, kacau rata dan tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci. Susunkan fruit cocktail dan sejukkan.

Cara untuk Bahan C
Agar-agar, santan dan garam dimasak sehingga mendidih, kemudian diangkat. Tepung jagung, susu, perisa pandan dan pewarna kuning dikacau rata, lalu dimasukkan kedalam kaya yang panas itu dan dimasak lagi sebentar sehingga rata. Setelah itu dituangkan keatas agar-agar iaitu Bahan B dan disusun diatas kek iaitu Bahan A.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|