Thursday, September 22, 2005

Resipi...KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan
10 ekor 'sotong ketupat' [seelok-eloknya sebesar 2 inci lebar]
1 pot [tin susu] beras pulut
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah [dimayang halus]
3/4 cm halia [dimayang halus]
sedikit halba
1 1/2 inci persegi gula melaka
sedikit garam
sehelai daun pandan


Cara Menyediakan
Sotong dibersihkan, buang kulit arinya, serta asingkan kepala.Beras pulut dibersihkan toskan seketika. Kemudian gaulkan dengan sedikit santan pekat supaya lembab.

Masukkan beras pulut tersebut di dalam sotong, kira-kira separuh sahaja.
Masukkan juga kepala sotong tadi bersama dan sematkan dengan lidi tajam.
Kemudian rebuskan sotong tersebut didalam periuk bersama-sama santan
cair tadi. Masukkan daun pandan bersama.

Biar agak lama, keranauntuk memasak beras pulut di dalam sotong
mengambilmasa yang agak lama. Biarkan hampir kering, dan jika sotong
dan 'ketupat' tersebut masih belum masak, tambahkan air. Bila sotong tersebut sudah masak [bila sotong tersebut sudah padat dan keras "isi pulut"nya]
masukkan santan pekat tadi dan kacau perlahan agar tidak berkepala.
Masukkan juga sekali halia, bawang merah, garam, gula melaka dan sedikit
serbuk perasa jika suka. Ketupat sotong ini biasanya tidaklah dimakan masin sangat, dan tidak juga manis. Hidangan ini biasanya dimakan begitu sahaja untuk minum petang.

Sumbangan: Husnita Hussain

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|