Resipi...BLACK FOREST CHERRY PUDDING
Bahan-bahannya
1 sudu besar + 4 sudu besar mentega tidak bergaram
2 sudu besar + 1/2 cawan gula kaster
6 sudu besar tepung serbaguna
1 1/4 cawan susu segar
3 biji telur, diasingkan kuning dan putih
1 1/2 cawan black cherries dalam tin, ditoskan sirapnya
secubit garam
serbuk gula, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Sapukan bekas souffle dengan 1 sudu besar mentega dan ditaburkan dengan 2 sudu besar gula kaster.
2. Cairkan lebihan 4 sudu besar mentega dan masukkan tepung, digoreng sebentar. Masukkan lebihan gula dan susu segar. Gaul rata adunan dengan segera sehingga sebati dan didihkan selama 3-5 minit.
3. Dalam bekas berasingan pukul kuning telur. Masukkan kedalam adunan tepung dan masukkan black cherries. Gaul rata.
4. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur dan garam hingga kembang dan kaku. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam bekas souffle dan bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah C. Ayak serbuk gula bila hendak dihidang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home