Resipi...CHEESY COIN COOKIES
Bahan-bahannya
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh paprika
1/4 sudu teh serbuk mustard
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan mentega atau majerin
1 biji kuning telur
1 cawan parutan keju cheddar
beberapa sudu besar susu segar untuk melembabkan adunan
Cara-caranya
1. Ayak tepung, paprika, serbuk mustard dan garam. Potong mentega atau majerin dan gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan kuninig telur dan cheese. Cepat-cepat gaul adunan untuk menjadi doh. Jika doh terlalu kering, campurkan beberapa sudu susu segar. Bungkus adunan tepung dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga ia tidak berderai.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Diatas papan yang telah ditabur tepung, canai adunan setebal 3mm. Menggunakan terap biskut bulat, terap adunan tepung. Atur diatas loyang pembakar dan jangan terlalu rapat. Menggunakan garpu cucuk permukaan biskut.
4. Bakar untuk 10 - 12 minit sehingga kekuningan. Sejukkan sebelum dihidang atau disimpan di bekas kedap udara.
Sumber: Chef Wan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home