Resipi...CHOCOLATE BREAD PUDDING
Bahan untuk Custard
170 gram bittersweet chocolate
40 gram bitter chocolate
3 biji telur
3 kuning telur
1/2 cawan gula kaster
1 cawan susu segar
1 cawan whipped cream
Cara-caranya
1. Cairkan kedua-dua coklat didalam bekas tahan panas diatas air mendidih (double boil).
2. Dalam bekas berasingan, pukul telur dan kuning telur sehingga pekat. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3. Didihkan susu dan whipped cream. Tuangkan adunan telur dan kacau sebati. Tuangkan pula coklat yang telah dicairkan. Sejukkan adunan dengan meletakkan mangkuk adunan diatas ais. Sejukkan adunan pudding yang telah sejuk didalam peti sejuk semalaman.
Bahan untuk Bread Layer
1 cawan susu segar
1/2 cawan whipped cream
1 cawan gula kaster
1/3 cawan serbuk koko
1 bantal roti wholemeal
serbuk koko dan serbuk gula untuk hiasan
Cara-caranya
1. Campurkan susu, whipped cream, gula kaster dan serbuk koko didalam periuk dan panaskan sehingga serbuk koko larut dan sebati.
2. Potong roti kepada 16 keping dan gunakan terap biskut bulat ukuran 5cm. Aturkan roti didalam loyang dan tuangkan adunan koko tadi. Biarkan roti menyerap adunan koko.
3. Sapukan mentega pada 8 bekas custard. Sendukkan satu sudu chocolate custard sejuk kedalam bekas custard. Letakkan roti yang telah direndam. Sendukkan satu sudu chocolate custard, dan letakkan roti. Ulangi sehingga bahan habis digunakan, diakhiri dengan chocolate custard.
4. Letakkan bekas custard didalam loyang yang setengah penuh dengan air mendidih. Bakar selama 30 minit selama 170 darjah C. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang. Boleh dihias dengan serbuk koko dan serbuk gula yang diayak atasnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home