Monday, October 24, 2005

Resipi...NASI BERYANI BOMBAI

Bahan-bahannya
1 kg beras Basmati
air mengikut paras beras
1 cawan susu cair
1 cm halia muda, dititik
1 cm kayu manis
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar, dihiris
150 gram minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit daun ketumbar dan daun pudina (ambil daunnya sahaja)
1 cawan air mawar, jika suka
50 gram kismis, digoreng
80 gram gajus, digoreng
1 sudu makan garam
2 sudu makan perahan air limau nipis
2 sudu makan tairu
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
2 helai daun pandan
sedikit koma-koma

Cara-caranya
Beras dicuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumis dengan api sederhana hingga garing. Masukkan air dan biarkan mendidih.

Masukkan air limau, air mawar, susu, koma-koma, daun pudina dan daun ketumbar, serta tairu. Masukkan garam secukup rasa.

Apabila mendidih, masukkan beras. Masak hingga tanak. Setelah tanak, taburkan gajus dan kismis keatas nasi tadi.

Sumber: Hajah rohana Abu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|