Resipi...SERUNDING DAGING
Bahan-bahan
2 biji kelapa parut putih (disanggar sehingga kering sedikit dan kuning)
Bahan untuk Dikisar
3 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu makan rata jintan kasar
2 sudu makan rata jintan halus
4 batang serai
10 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
30 batang lada kering (rendam dan buang biji jika tidak mahu pedas)
1 ibu jari lengkuas
1/2 kilo daging ayam, lembu atau kambing (dihiris tipis)
150 gram gula hitam
2 helai daun kunyit (buang tulangnya, dan hiris kasar)
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sehingga garing dan naik minyaknya. Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga dagingnya empuk sedikit. Masukkan air asam, balik-balikan dan masukkan pula kelapa, gula dan garam. Masukan semua dedaun. Balik-balikkan dan kacau sehingga rata. Kecilkan api dan terus kacau sehingga serundingnya berderai. Rasa, jika ada bahan yang kurang, tambah, gaul rata dan matikan api. Rasanya haruslah lemak, manis dan sedikit sahaja rasa masam dan pedas.
Perkara penting membuat serunding ialah, api harus kecil dan ia perlu senentiasa di kacau, di balik-balikkan dan digaul supaya rempahnya rata dan bahgian dasarnya tidak hangus.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home