Resipi...UDANG GORENG SEGERA
Bahan-bahannya
1 kg udang yang sederhana besarnya
1 biji lada hijau, dihiris
1 biji lada merah, dihiris
1 tin cendawan butang
2 biji tomato, dihiris bulat
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 sudu teh kunyit serbuk
4 sudu teh rempah sup
1 sudu teh serbuk lada putih
1 biji lobak, dikupas kulit, hiris bulat, goreng dan toskan
3 biji kentang, dikupas kulit, hiris bulat, goreng dan toskan
1 tangkai daun sup, dihiris halus
1 tangkai daun bawang, dihiris halus
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
Cara-caranya
Udang digunting muncung dan ekornya, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris, goreng hingga wangi.
Masukkan udang, garam, serbuk kunyit, rempah sup dan serbuk lada putih. Kacau rata. Besarkan api, balik-balikkan hingga udang bertukar warna. Campurkan kentang, lobak goreng, cendawan, cili hijau dan merah, tomato, serta separuh hirisan daun sup/ daun bawang. Kacau rata dan biarkan sehingga udangnya masak.
Hidangkan panas-panas. Taburkan lebihan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home