Tuesday, November 15, 2005

Resipi...NASI BUKHARI PULAU PINANG

Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Pemenang Ketiga (Normimi Abdullah) - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
150 ml minyak masak
2 camca besar marjerin
2 camca besar minyak sapi
1.65 liter air
250 ml susu cair
200 ml puri tomato
1/2 ekor ayam, dipotong kecil
garam secukupnya
1 camca besar gula
5 camca besar dadih
1 kg beras
160 gram kismis
sedikit daun pudina untuk hiasan

Bahan A
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar, dihiris halus

Bahan B (dikisar halus)
1 camca besar jintan putih, digoreng tanpa minyak dan dikisar kering
1 1/2 camca besar lada hitam, digoreng tanpa minyak dan dikisar kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2.5 cm halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, majerin dan minyak sapi didalam periuk.
2. Tumis Bahan A, kacau sehingga terbit bau.
3. Masukkan Bahan B dan kacau tanpa henti.
4. Setelah kekuningan, tuang masuk air, susu cair, puri tomato, ayam, garam, gula dan dadih.
5. Kacau sekali sekala sehingga mendidih. Masukkan beras dan tanak sehingga hampir kering.
6. Masukkan kismis dan biar sehingga kering air nasi. Tabur daun pudina.
7. Perlahankan api dan tutup periuk, biar nasi masak sempurna.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|