Resipi...AYAM FIKA
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)
Bahan-Bahan
2 ekor ayam (buang kulit dan lemak, potong 10) – (boleh juga di
gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing – dihiris ikut
suka hati)
1 cawan bawang besar kisar
1 sudu makan halia kisar
½ sudu makan bawang putih kisar
Tiga bahan berikut ini hendaklah disangai wangi dan kisar kering:-
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus
15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato (potong 4)
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan tairu
10 biji badam (di kisar)
5 biji buah pelaga (di pecah-pecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah (belah jangan putus)
2 batang lada hijau (belah jangan putus)
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
Sedikit garam
Cara Cara
1. Goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit, kemudian kisar hingga halus. Satelah itu campurkan dengan rempah yang di kisar kering, serta garam masala.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi. Masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Apabila naik aromanya, masukkan bawang kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan .
3. Masukkan pula halia dan bawang putih kisar, masak lagi hingga wangi. Masukkan pula rempah cili, dan tumis selama 10 minit.
4. Biarkan sehingga rempahnya gareng, baru masukkan tomato, daun pudina, daun ketumbar, dan garam. Masak lagi sehingga naik aromanya.
5. Masukkan ayam dan gaul rata, supaya ayam dan rempah betul-betul sebati. Tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit Gaul rata, jika terlalu pekat tambah lagi airnya. Masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree. Biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Masukkan lada hijau dan lada merah.
6. Setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Matikan api. Perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang.
7. Semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar. Enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home