resipi...SUP MEDAN
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)
Bahan-Bahan
1 kg ekor lembu, dipotong 5-6 cm panjang, cuci bersih buang semua lemak dan toskan
Secukup air untuk merebus
2 batang celery, dipotong 5-6 cm panjang
Sedikit lada putih atau hitam
½ kg tomato, dikisar halus
½ kg karot, dikisar halus
5 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
1 biji bawang besar, dihiris
½ jari halia }
5 biji bawang putih } dikisar halus, kemudian digaulkan dengan
1 biji bawang besar} 2-3 sudu makan rempah kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Hirisan daun sup/daun bawang berserta bawang goreng untuk tabur
Garam dan gula secukup rasa
Cara Cara
Rebus ekor lembu sehingga lembut dengan sedikit garam dan lada putih atau lada hitam. Masukkan celery, dan matikan api.
Panaskan minyak didalam periuk besar yang lain. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu. Masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sebentar. Masukkan rempah kisar, tumis lagi sampai garing. Masukkan pula tomato dan karot yang telah dikisar, kacau sehingga rata. Biarkan sehingga mendidih. Barulah dimasukkan ekor lembu bersama kuah dan sayur nya sekali. Jika kuahnya kurang, tambah lagi airnya. Taburkan sedikit garam dan gula, jika perlu. Masak sehingga mendidih dan rasa kuahnya enak. Jika ada yang kurang, seperti garam atau lada putih, tambah lagi. Matikan api. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sup ini enak disajikan dengan sambal kicap cili padi dan dimakan dengan nasi atau roti..
BAHAN/CARA UNTUK BUAT SAMBAL KICAP CILI PADI
½ cawan kicap manis
Segenggam cili padi, cuci bersih, dan rebus sebentar kemudian toskan
2 biji bawang putih
1 biji limau nipis, sedikit gula
5 biji bawang merah, kupas kulit dan hiris bulat-bulat
CARA - Kisar halus bawang putih dan cili padi rebus. Gaulkan dengan kicap, gula, air limau nipis dan hirisan bawang merah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home