Tuesday, February 14, 2006

Resipi...AYAM LADA HITAM

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12 } Gaul rata dan perap
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar} selama ½ jam
Garam secukup rasa}

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar


Cara Cara

Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit. Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|