KUAH LAKSA JANGGUS
Bahan-bahannya;
1 kg ikan sardin
4 biji bawang besar
Sedikit belacan
3 sudu cili (dikisar)
Asam keping
Daun Kesum
Bunga Kantan
Daun Pudina
Sedikit Garam
1 Mangkuk air
Cara Membuatnya:
1. Ikan Sardin direbus bersama sedikit garam dan asam keping. Kemudian dikisar sampai halus.
2. 4 biji bawang besar dikisar bersama sedikit belacan
3. Mula-mula masukkan ikan sardin yang telah dikisar ke dalam periuk. Kemudian masukkan satu mangkuk air untuk mencairkan kuah yang agak pekat.
4. Selepas itu masukkan bahan yang dikisar iaitu bawang besar dan belacan
5. Masukkan 3 sudu cili yang telah dikisar
6. Masukkan asam keping
7. Masukkan garam
8. Masukkan daun kesum / Bunga Kantan / Bunga Pudina
9. Setelah kuah masak. Hidangkan bersama laksa, daun salad dan timun.
Selamat mencuba...,
0 Comments:
Post a Comment
<< Home