Tuesday, June 06, 2006

MASAK LEMAK AYAM PATANI

*Ingredients* 1. 1 ekor ayam (potong ikut suka)
2. 1 inci lengkuas
3. 1 inci halia
4. Sedikit kunyit hidup/serbuk kunyit
5. 2 biji bawang besar
6. Serai 2 batang (diracik kasar)
7. 2-3 ulas bawang putih
8. cili padi mengikut pedas dikehendaki
9. 3-4 sudu makan kerisik
10. Santan (bahagi kepada 2 bahagian - 1 utk pati dan 1 bahagian biasa)
11. Asam keping/gelugur
12. Garam *Directions* 1. Kisar bahan no. 2 - 8 hingga lumat dan masuk
kedalam periuk bersama santan (bahagian biasa tadi) beserta ayam dan masak
hingga ayam empuk.

2. Kemudian masukkan asam keping, kerisik kacau seketika

3. Akhir sekali masukkan pati santan dan garam serta serbuk perasa sekiranya
suka kacau hingga sekali menggelegak dan tutup api.

Sedap dimakan panas. Boleh juga dibiarkan kering seperti membuat
rendang...fuhhhhhh makan lak dengan lemang/ketupat pulut..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|