Jejari Roti
Lebihan tepi-tepi roti yang dipotong dari roti keping
Bahan-bahan ( 4 orang )
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
gula halus secukupnya
mentega/margerin untuk menggoreng
Cara-cara
Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home