RESIPI... SOTONG BERSOS TIRAM
RESIPI SOTONG BERSOS TIRAM
BAHAN-BAHANNYA
800 g sotong
1 liter air
6 ulas bwang putih ( dicincang )
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil kicap cair
1 1/2 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil lada sulah
minyak masak
CARA MEMASAK
1. Panaskan air dan celurkan sotong ke dalam selama 2-3 minit.
2. Kemudian angkat dan toskannya.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wanggi.
4. Masukkan sotong tadi dan goreng.
5. Kemudian masukkan sos tiram dan semua kicap.
6. Kacau sehingga rata.
7. Masukkan cuka, gula dan lada sulah dan kacau lagi sehingga sebati.
8. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home