Monday, October 03, 2005

Resipi....NEW YORK CHEESECAKE

Bahan untuk Base
3 cawan graham crackers (Biskut Digestive), dihancurkan
6 sudu besar gula kaster
2 sudu besar serbuk kayu manis
226 gram mentega, dicairkan dan disejukkan

Cara-caranya
1. Sapukan mentega pada sekeliling loyang springform 22cm.
2. Menggunakan senduk kayu campurkan kesemua bahan untuk base. Tekan adunan kedasar loyang dan juga setengah disekeliling loyang.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan untuk Filling
680 gram krim keju (cream cheese)
1 1/4 cawan gula kaster
6 biji telur, diasingkan putih dengan kuning
2 cawan krim masam (sour cream)
1/3 cawan tepung jagung
2 sudu teh esen vanilla
2 biji lemon, diparut kulitnya dan ambil jusnya

Cara-caranya
1. Pukul krim keju sehingga lembut dan licin. Masukkan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan masukkan krim masam, tepung, esen vanilla, jus lemon dan parutan kulit lemon. Pukul hingga sebati.
2. Dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga putih dan kaku. Masukkan putih telur kedalam adunan krim keju dan gaul rata.
3. Tuangkan adunan ke atas base yang telah disediakan tadi dan bakar pada suhu 165 darjah C selama 1 jam 15 minit.

Bahan untuk Cherry Sauce
1 sudu besar tepung jagung
1 tin besar pitted dark cherries dengan sirap
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Campurkan tepung jagung bersama cherries dan panaskan dalam periuk.
2. Bila sos mula pekat angkat dari atas api, masukkan mentega, gaul rata dan disejukkan. Tuangkan atas cheesecake bila hendak dihidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|