Monday, October 24, 2005

Resipi...NUTTY CHOCOLATE GATEAU

Bahan-bahannya

(A)
5 biji kuning telur
50 gram gula

(B)
5 biji putih telur
130 gram gula

(C)
120 gram kacang badam kisar
80 gram tepung gandum
1/3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko

(D)
40 gram mentega, dicairkan
80 gram coklat hitam, dicairkan

(E)
30 gram kacang walnut, dicincang
50 gram kacang pistachios, dicincang
30 gram kacang hazel, dicincang

ganache mentega (sila rujuk pada resipi yang telah diberikan)

Sirap
100 gram air
50 gram gula


Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga ringan dan gebu.
2. Pukul putih telur di (B) sehingga kembang dan berbintil-bintil. Tambah gula dan pukul sehingga pekat.
3. Campurkan adunan putih telur dengan (A) dan sebatikan. Kaup dan balikkan (C) dan gaul hingga rata.
4. Tambah (D) dan gaul hingga sebati. Masukkan (E) dan gaul hingga sempurna.
5. Tuang ke dalam acuan segiempat berukuran 9" yang digris dan alaskan dengan kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Keluarkan kek dari acuan dengan segera. Biarkan ia sejuk.
7. Untuk membuat sirup: Masak gula dan air hingga gula larut. Ketepikan untuk sejuk.
8. Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Sapukan permukaan kek dengan sirup.
9. Tangkupkan ganache mentega di antara 2 lapisan kek. Sadur seluruh kek dengan ganache mentega.
10. Paipkan ganache mentega diatas kek dengan corak garisan. Kemudian tabur kekacang di antara garisan-garisan seperti ditunjuk di gambar.

Nota: Pastikan (D) adalah panas apabila dicampur ke dalam adunan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|