Resipi...jering cambah masak lemak cili api
Bahan-Bahan
Jering tua RM2 - RM3 sepinggan
ikan bilis dalam segenggam
cili api ikut rasa sendiri
santan pekat 3 cawan
serai sebatang
bawang merah 3 ulas
garam secukup rasa
Asam keping secukupnya
Cara Membuatnya
Rebus dahulu jering sehingga lembut dan tumbuk satu persatu dalam lesung batu dalam keadaan yang keras dibelakang untuk mengelakkan yang bhgn dalam pecah. Tumbuk cili api bersama ikan bilis dan bawang merah hingga lumat.Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk dan serai yang diketuk tadi kedalam periuk. Masukkan santan 2 mangkuk sahaja dan tinggalkan selebihnya untuk dimasukkan kemudian. Periuk hendaklah yang sederhana besar bagi menyenangkan untuk dikacau dan supaya jering tidak pecah. Kacau hingga menggelegak dan pastikan tidak pecah minyak. Masukkan jering dan selebih santan tadi serta kacau hingga naik bau. Akhir sekali masukkan asam keping dan garam secukupnya. Anda pasti berselera menikmati hidangan tersebut bersama nasi panas dan ikan masin goreng. Try yeee...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home