Monday, November 28, 2005

Resipi...KEK GULUNG PELANGI

(Puan Hajah Zainab Khamis)

Bahan-bahannya
14 biji kuning telur - 5 putihnya - disejukkan
200 gm gula halus
200 gm tepung gandum
55 cc air batu
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
170 gm mentega - dicairkan
Sedikit warna merah, hijau, kuning dan chocolat paste.

Peraturannya:
1. Satukan dan pukul kesemua bahan-bahan di atas (melainkan mentega) sehingga pekat.
2. Masukkan mentega, kacau rata.
3. Bahagikan adunan ini kepada empat bahagian dan warnakan hijau, kuning, merah dan chocolat.
4. masukkan tiap-tiap bahagian adunan ini di dalam 4 kerongsong kertas, lalu dipicit berselang-selang di dalam loyang 10 x 10 x 1" yang telah disapu dengan mentega.
5. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 160C.
6. Apabila sudah sejuk, sapukan butter cream (resipi seperti di bawah) diatasnya lalu digulung.

Bahan-bahan Untuk Butter Cream:
255 gm mentega
170 gm gula icing
55 cc air
2 sudu teh coffee oil

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|