Monday, November 28, 2005

Resipi...KEK GULUNG KAYA

(Puan hajah Zainab Khamis)

Bahan-bahannya
10 biji kuning telur - 6 putihnya - disejukkan
200 gm gula halus
115 gm top flour
55 gm tepong jagung
85 cc santan pekat (disejukkan)
15 cc air pandan
115 gm mentega
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau

Peraturannya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas (melainkan mentega), pukul sehingga pekat.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau rata-rata.
3. tuangkan adunan ini ke dalam tiga loyang leper 10 x 10 x 1/2" yang telah disapu dengan mentega
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan 180C sehingga masak.
5. Apabila sudah sejuk, sapukan kaya (resipi seperti dibawah) di atas kek tersebut kemudian digulung.

Bahan-bahan Untuk kaya:
5 biji telur
285 gm gula pasir
115 cc santan pekat
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 helai daun pandan

Peraturannya:
1. Pukul telur dengan gula sehingga gulanya halus.
2. Masukkan daun pandan, tepung jagung dan santan, kacau rata-rata.
3. masak adunan ini di atas dapaur dengan api sederhana sehingga pekat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|