Monday, November 28, 2005

Resipi...AYAM GOLEK ISTANA MENANTI

Sumber: Chef Bahar Abdullah, Hotel Rennaisance Kuala Lumpur

Bahan-bahannya
40 gram bawang besar
20 gram bawang putih
3 inci halia
1 camca teh lada hitam
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji
1 ekor ayam muda
sedikit kunyit serbuk
90 ml minyak sapi
1 biji kelapa parut, diambil santan sahaja
20 ml air asam jawa
20 gram kerisik
garam secukup rasa
hirisan buah badam
bawang goreng

Cara-caranya
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Sangrai lada hitam, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan kemudian kisar.
3. Bersihkan ayam dan rebus sehingga setengah masak.
4. Gaulkan serbuk kunyit pada ayam dan digoreng.
5. Panaskan minyak sapi didalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kuning keemasan.
6. Masukkan santan, air asam jawa, kerisik dan garam secukup rasa.
7. Masak diatas api sederhana sehingga pecah minyak.
8. Letakkan ayam diatas pinggan dan tuangkan kuah pekat diatasnya.
9. Hias dengan hirisan buah badam dan bawang goreng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|