Resipi...HIRISAN KAROT OAT BERKEJU NESTUM
Sumber: Jelita Oktober 2005
Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan bijirin NESTUM Oat
1/2 cawan cip coklat
1/2 cawan parutan lobak merah
100 gram mentega atau majerin
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan yoghurt
Krim
125 gram keju mascarpone atau krim keju
1/4 cawan gula aising, diayak
2 camca besar yoghurt
2 camca besar jus lemon
1 camca besar parutan kulit lemon
Cara-caranya
1. Ayak bersama Bahan A, gaulkan bijiran NESTUM Oat, cip coklat dan paurtan lobak merah, diketepikan.
2. Krim mentega dan gula sehingga sebati, masukkan telur dan vanilla.
3. Kaup balikkan bahan kering berselang seli dengan yoghurt.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan berukuran 9 x 9 inci yang telah diatsa dengan kertas aluminium, ratakan.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 30 - 45 minit atau hingga kekuningan, sejukkan.
6. Sementara itu, pukul bahan krim hingga berkrim dan sapu rata diatas hirisan yang telah sejuk. Potong kepingan yang disukai dan hidangkan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home