Thursday, November 24, 2005

Resipi...BISKUT LAPIS PEANUT

Sumber: Jelita Oktober 2005

Bahan-bahannya
125 gram mentega
60 gram gula aising
1/2 sudu kecil perasa badam
1/2 biji putih telur, gred B
150 gram tepung gandum
20 gram badam hancur yang dipanggang
100 gram mentega kacang

Cara-caranya
1. Pukul mentega, gula aising dan perasa badam sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang digaul bersama badan hancur dan kacau sebati.
4. Masukkan adunan didalam piping bag yang diletak muncung bentuk bintang. Picitkan diatas dulang pembakar mengikut bentuk yang disukai.
5. Bakar sehingga masak dengan suhu 160 darjah C selama 20 minit. Sejukkan.
6. Sapukan mentega kacang pada sekeping biskut dan tangkupkan dengan kepingan yang lain.
7. Ulangi sehingga semua biskut habis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|