Thursday, November 24, 2005

Resipi...SAYUR ISTIMEWA BERCENDAWAN

Sumber: Chef Bahar Abdullah, Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Bahan-bahannya
200 gram bunga kubis
200 gram brokoli
200 gram lobak merah
100 gram cendawan
60 gram cili benggala merah
60 gram cili benggala hijau
90 gram jagung muda
50 gram kacang buncis
60 ml minyak masak
6 ulas bawang putih, dicincang
30 gram sos tiram
garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Potong kecil sayur-sayuran dan bersihkan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos tiram dan lobak merah dahulu.
4. Apabila lobak merah hampir masak, masukkan sayur-sayuran lain.
5. Kacau rata dan pastikan garam secukup rasa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|