Resipi...TAPAI PULUT SARAWAK
Bahan-Bahannya :
1kg beras pulut
1 biji ragi
Daun palas secukupnya untuk membungkus
Lidi kelapa untuk menyepit
Cara Membuatnya :
Beras pulut dicuci bersih.
Kemudian dikukus sehingga masak.
Selepas itu angkat dan ratakan dalam talam dan disejukkan.
Ragi dijemur dahulu supaya kering.
Selepas itu dihancurkan.
Taburkan rata-rata pada pulut yang sejuk tadi.
Basahkan tangan dengan air.
Gaul rata pulut tersebut dan kepalkan bulat-bulat seperti bola kecil.
Kemudian bungkus dengan daun palas dan dikepit dengan lidi kelapa.
Buat hingga habis kesemuanya.
Sesudah itu masukkan dalam sebuah bekas yang bersih yang sesuai dan balutkan
dengan kain rapat-rapat.
Selepas tiga hari, bolehlah dimakan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home