Resipi...IKAN TERUBUK MASIN GORENG PEDAS
Bahan-Bahannya :
1 ekor ikan terubuk bersaiz sederhana besar dipotong kecil
5 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
5 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya :
Goreng ikan dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan merah hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Cadangan Hidangan :
Kalau mahu lagi sedap, picitkan air limau kasturi di atas hidangan tadi
0 Comments:
Post a Comment
<< Home