Thursday, November 17, 2005

Resipi...BISKUT COKLAT ISTIMEWA

Sumber: Rancangan Kuih Raya 2005 bersama Tepung Blue Key & Star Brand

Bahan A
150 gram mentega
55 gram lemak sayur
80 gram gula halus
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur

Bahan B
1/2 sudu teh perisa nenas

Bahan C
170 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gram oat (dikisar halus)
40 gram tepung ubi
80 gram tepung jagung

Hiasan
Telur untuk disapur
Kelapa kering
Coklat cair

Cara-caranya
1. Putar Bahan A lebih kurang 4 minit.
2. Masukkan perisa nenas dan putar lagi selama 1 minit.
3. Masukkan kesemua Bahan c dan putar lagi selama 1 minit.
4. Ambil sedikit adunan dan dibulat-bulatkan dan ditekan sedikit.
5. Sapu telur diatasnya dan tabur kelapa kering.
6. Bakar selama 18 minit pada suhu 175 darjah C.
7. Angkat dan biarkan sejuk. Cairkan coklat dan celupkan separuh biskut tadi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|