Thursday, November 17, 2005

Resipi...KETUPAT PULUT SOTONG

Sumber: www.bernas.com.my

Bahan-bahan:
6 ekor sotong
Garam secukupnya
100g pulut (rendam 4 jam)
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh srbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 tangkai daun bawang (hiris)
1 biji cili merah (cincang)
30g badam bakar (cincang)
6 batang lidi koktel
400ml pati santan
1 helai daun kunyit
2 biji bawang merah (hiris)
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh gula
Garam secukupnya

Cara membuat:
Bersih sotong dan buang kepalanya. Lumur sotong dengan garam dan biar seketika. Kukus pulut 20 minit. Angkat dan gaul bersama serbuk jintan, serbuk cili dan serbuk kunyit. Masukkan daun bawang, cili merah dan badam pada pulut. Ratakan didalam dulang dan sejukkan. Sumbat campuran pulut kedalam sotong. Semat lidi pada sotong. Masukkan sotong, santan, daun kunyit, bawang mrah, halba, gula dan garam kedalam periuk. Kacau santan di atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|