Resipi...TAPAI UBI
Cara Membuatnya :
Bersihkan ubi kayu. Potong mengikut saiz sesuai.
Pastikan ianya betul-betul bersih. Kalau tak, masamlah tapai kita.
Rebus separuh masak. Angkat dan toskan.
Apabila dah sejuk, gaulkan dengan ragi dan sedikit gula.
Letak dalam bekas bertutup dan peramkan.
Selepas 2 - 3 hari barulah boleh jenguk tapai kita tu.
Petua buat tapai :
Jangan usik tapai tu masa dalam proses pemeraman.
Nota :
Saya nak tambah sikit. Orang kata kalau nak buat tapai kena bersih dari segala-
galanya termasuk perempuan yang uzur tak boleh buat tapai. Orang kata la kannnn,
nanti tapai jadik bintik-bintik merah. Tapi kalau ikut pengalaman mak saya, tapai jadi
begitu sebab kita bungkus ( tapai pulut ) masa dia belum betul-betul sejuk.
Kalau mak saya buat tapai pulut, ada gaul dengan sedikit gula.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home