Resipi...Kek Madonna
Bahan A (Lapisan bawah)
500 gm tepung campuran span vanila
50 ml air
4 biji telur
3 biji putih telur
50 ml minyak mazola
Pukul tepung campuran span vanila bersama 50 ml air dan telur hingga sebati. Kemudian masukkn minyak mazola. Pukul semula sehingga kembang dan gebu. Kemudian bakar adunan selama 30 minit pada suhu 180C. Setelah masak, sejukkan.
Bahan B (Lapisan tengah)
2 sudu kecil serbuk agar2
250 gm gula
4 sudu besar susu segar
150 buah-buahan campuran dlm tin
240 ml air (utk cairkan gula)
Masak serbuk agar-agar, gula dan air di atas api sederhana besar. Kacau perlahan2 sehingga gula hancur. Masukkan susu segar. Kacau sehingga pekat dan sebati. Sementara itu, pukul putih telur di dalam mangkuk hingga nampak buihnya. Masukkan agar2 yg telah dimasak tadi ke dalam putih telur. Kemudian masukkan buah-buahan campuran. Letakkan adunan ini di atas kek yang telah dimasak tadi. Biarkan ia sejuk seketika.
Bahan C (Lapisan atas)
1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
400 ml air
120 gm gula
1 sudu kecil perasa kopi
1 sudu keci perasa coklat
Masak serbuk agar2, air dan gula. Kacau perlahan2 hingga gula hancur. Kemudian masukkan perisa kopi dan perasa coklat. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kemudian tuangkan di atas putih telur yg sudah beku tadi. Biarkan ia sejuk dan beku sebelum dipotong.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home