Thursday, November 24, 2005

Resipi...KEK LAPIS KENARI CHOCOLAT

(Cikgu Zainab Khamis)

25 biji kuning telur
400 gm mentega
275 gm gula halus
90 gm tepong hongkong
100 gm gajus kisar
2 sudu makan tepung susu
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan TBM
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan koko ( dikacau
2 sudu makan mentega rata)

Peraturannya:
1. Pukul mentega, susu pekat dan vanilla hingga putih. Ketepikan
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang, masukkan TBM pukul lagi hingga pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata.
4. Masukkan tepung hongkong dan tepung susu, kacau rata.
5. Bahagikan adunan ini kepada dua bahagian, satu bahagian dicampur dengan koko dan sebahagian lagi dicampurkan dengan gajus yang dikisar.
6. Gunakan loyang 9" x 9" x 3" yang telah disapu dengan mentega dan bakar selapis demi selapis sehingga adunan tadi habis. Gunakan oven 160C grill.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|