Thursday, November 24, 2005

Resipi...Kek Gulung Tepung Pulut

7 biji kuning telur
5 biji putih telur
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
20 gm susu tepung
100 gm mentega
40 gm tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
20 gm tepung pulut
1 sudu besar ovelet
pewarna merah & biru

1. Pukul telur & gula hingga sebati dan masukkan ovelet. Pukul semula hingga pekat.
2. Masukkan tepung beras, tepung pulut, susu tepung dan serbuk penaik. Pukul adunan selama 5 minit hingga kembang dan ketepikan.
3. Dlm bekas lain, pukul mentega hingga kembang. Tuang ke dalam adunan yang diketepikan tadi.
4. Masukkan esen vanila dan kacau rata. Bahagikan adunan kpd 2 warna iaitu merah dan biru.
5. Kemudian isikan adunan di dalam beg pipe atau botol sos.
6. Lapikkan loyang 30cm X 30cm dgn kertas surih.
7. Tuang adunan berselang seli warna biru dan merah. Corakkan mengikut kreativiti anda.
8. Bakar selama 30 minit suhu 180C. Sejukkan dan keluarkan kek.
9. Sapukan jem/krim dan gulung kek spt swissroll.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|