Resipi...AYAM MASAK MERAH MADU KASIH
Sumber: Chef Bahar Abdullah, Hotel Renaissance Kuala Lumpur
Bahan-bahannya
600 gram ayam
sedikit serbuk kunyit
120 ml minyak masak
120 ml minyak sapi
40 gram bawan besar
20 gram bawang putih
2 inci halia
40 gram cili giling
60 gram pes tomato
30 ml madu
60 gram sos cili
1/2 biji kelapa, dijadikan santan pekat
garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara-caranya
1. Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan biar sebentar.
2. Panaskna minyak masak didalam kuali dan gorengkan ayam terlebih dahulu.
3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuningan.
5. Masukkan cili giling serta pes tomato dan tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan sos cili, madu, santan dan akhir sekali ayam goreng. Kacau.
7. Pastikan garm dna serbuk perasa secukup rasa.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home