Thursday, November 24, 2005

Resipi...KEK KUKUS PELANGI NESTUM

KEK KUKUS PELANGI NESTUM
Sumber: Jelita Oktober 2005
Masa Penyediaan dan Membakar: 1 1/2 jam
Sajian: 36 Keping

Bahan-bahannya
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk badam
1 1/2 cawan bijiran NESTUM

250 gram mentega atau majerin
150 gram gula kastor
3 biji telur
1/2 tin (397 gram) susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau, merah dan kuning

Cara-caranya
1. Ayak tepung, masukkan badam dan Bijiran NESTUM.
2. Krim mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. Masukkan susu pekat dan esen vanilla.
3. Kaup balikkan bahan kering. Bahagikan adunan ke tiga bahagian sama. Warnakan dengan pewarna hijau, kuning dan merah.
4. Sendukkan 1/3 bahagian kuning dan ratakan kedalam acuan kek berukuran 7 x 7 inci yang telah disenser serta dialas dengan kertas kalis minyak. Kukus selama 10 minit.
5. Sendukkan 1/3 bahagian hijau dan ratakan diatas bahakan kuning. Kukus selama 5 minit.
6. Kemudian sendukkan 1/3 bahagian merah dan ratakan diatas bahagian hijau, kukus selama 5 minit.
7. Ulang lapisan baki adunan. Akhir sekali kukus selama 15 minit. Sejukkan kek dalam acuan sebelum keluarkan dari loyang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|