Monday, November 28, 2005

Resipi...PULUT WALUH

Sumber: Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Bahan-bahannya
125 gram pulut
100 gram santan
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
200 gram labu kuning (dipotong dadu)
100 gram kelapa muda yang diparut
gula secukupnya

Cara-caranya
1. Kukus pulut selama 20 minit. Keluarkan dan gaulkan dengan santan bercampur garam.
2. Sediakan mangkuk, isikan dengan labu, kelapa parut ditengah-tengahnya. Kemudian penuhkan dengan pulut dalam mangkuk tadi.
3. Kukus semua selama 20 minit lagi sehingga pulut masak.
3. Angkat dan terbalikkan ke atas piring dan taburkan gula dan baki kelapa parut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|